Rabu, 12 November 2014

Kekal Cantik...Sihat dengan produk hebat ini..Delima Collagen

Delima Collagen
Kod Produk: Delima-C
Harga Runcit: 70.00
Produk ini dikelaskan sebagai produk makanan. Tidak perlukan no pendaftaran NOT @ MAL.


Delima Collagen diformulasi dengan ekstrak buah-buahan terbaik seperti buah delima, manggis dan air kelapa serta diadun bersama Pure Marine Collagen dan Vitamin C (di ambil dari buahan) untuk membantu tubuh melawan sel-sel kanser dan radikal bebas dari udara persekitaran. Gabungan hebat ini membantu tubuh menjadi lebih aktif, sihat, bertenaga, lebih putih serta menawan.


PURE MARINE COLLAGEN


Kolagen secara semulajadi adalah satu komponen protein penting dalam tubuh manusia yang terdapat dalam tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Menurut kajian, 30% dari jumlah protein dalam keseluruhan tubuh manusia adalah terdiri daripada kolagen. Kulit manusia akan mengendur selari dengan perubahan usia. Selain itu, radikal bebas dari udara sekeliling juga menyebabkan struktur kulit rosak. Untuk melambatkan proses kedutan dan menghalang radikal bebas ini, sel-sel kulit memerlukan protein kolagen yang banyak dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan sel-sel baru yang kuat dan sihat. Pure Marine Collagen mengandungi kolagen yang terbaik, di ambil dari komponen tubuh ikan yang terpilih dan ditangkap di laut Korea Selatan. Diproses dengan teknologi terkini tanpa menghilangkan keaslian dan kualiti protein kolagen tersebut. Pengambilan kolagen ini dapat menambah kuantiti protein kolagen semulajadi dalam tubuh manusia dan menjadi lebih aktif untuk menjadikan kulit awet muda dan tegang.


BUAH DELIMA


Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan di makan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan. Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah-buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar.

Buah delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Ia dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap anti oksida yang tinggi akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua jenis penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.


BUAH MANGGIS


Buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi, kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit birit dan diesntri. Di Thailand, buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama di bahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Pelbagai masalah penyakit dapat diatasi dengan ekstrak manggis. Khasiat XANTHONE iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol, keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan pelbagai lagi masalah.



VITAMIN C


Vitamin C yang terkandung di dalam Orange Collagen bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen anti-oksida yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas. Sebagai anti-oksida, selain melindungi kulit dari radikal bebas, vitamin C juga memperkuatkan sel-sel kulit sehingga ia lebih cepat memperbaiki jaringan yang rosak.

Untuk Info lanjut KLIK www.biorich.my/786wanmohd